Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Saham Adidas mengalami kemerosotan semalam selepas unjuran syarikat itu bagi tahun 2026 mengecewakan para pelabur.
Saham syarikat pakaian sukan Jerman tersebut merosot kira-kira 8% kepada 137 euro di Bursa Saham Frankfurt, sekali gus mencetuskan penurunan berterusan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Adidas turut meramalkan keuntungan operasi akan meningkat kepada $2.7 bilion pada 2026, meskipun syarikat itu menjangkakan impak negatif sebanyak 400 juta euro.
Menurut Deutsche Bank, panduan bagi pendapatan operasi dan margin keuntungan Adidas adalah sedikit lebih lemah daripada jangkaan, walaupun menduduki tempat kedua mengatasi Nike dari segi jualan.
Pada masa yang sama, keputusan memberangsangkan yang dicatatkan Adidas pada 2025 telah mendorong syarikat itu melanjutkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Bjorn Gulden berikutan kejayaannya menstabilkan kumpulan berkenaan.
Keputusan itu dicapai selepas Adidas menamatkan kerjasama dengan penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Kanye West.
Syarikat tersebut menegaskan bahawa sebarang kesan terhadap perniagaannya akibat perang di Asia Barat masih belum jelas.
Terdahulu, sebuah kedai francais Adidas di Israel disahkan musnah dalam insiden terbabit, namun tiada sebarang kecederaan mahupun kematian dilaporkan kerana kedai itu ditutup.



























































