Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Dunia perbankan Amerika Syarikat sedang melalui perubahan besar apabila lebih separuh daripada bank-bank terbesarnya kini mula membuka pintu kepada Bitcoin.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin kini berada di $89,207 iaitu naik 0.03% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Menurut firma kewangan Bitcoin, River, sekitar 60% daripada 25 bank terbesar di AS telah menawarkan atau merancang perkhidmatan berkaitan Bitcoin seperti perdagangan dan simpanan aset digital.
Perubahan ini turut disokong oleh pendedahan Ketua Pegawai Eksekutif Coinbase, Brian Armstrong, yang menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos.
Beliau mendedahkan bahawa kebanyakan CEO bank yang ditemuinya kini melihat kripto sebagai peluang besar, malah seorang CEO bank global terkemuka menyifatkan kripto sebagai keutamaan nombor satu dan isu kelangsungan hidup institusi kewangan.
Antara bank besar yang telah mula melangkah masuk termasuk JPMorgan Chase, Wells Fargo dan Citigroup, yang secara kolektif mengurus aset bernilai lebih $7.3 trilion.
Malah, perbankan terbesar Switzerland, UBS, juga dilaporkan sedang menilai pembukaan perdagangan Bitcoin dan Ethereum untuk pelanggan kaya di Amerika Syarikat.
Namun, penerimaan ini bukan tanpa syarat. Bank-bank masih berwaspada terhadap aspek tertentu kripto, khususnya stablecoin yang menawarkan pulangan, yang dianggap berisiko kepada kestabilan sistem kewangan.
Pada masa sama, beberapa bank besar seperti Bank of America, Capital One dan Truist Bank masih memilih untuk kekal di luar buat sementara waktu.
Walaupun begitu, Bitcoin kini bukan lagi aset pinggiran. Apabila institusi kewangan terbesar dunia mula berubah sikap, Bitcoin semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai sebahagian daripada sistem kewangan global masa depan.
Untuk melihat senarai bank yang mesra Bitcoin, boleh klik disini.



























































