Pasaran komoditi global bertindak balas positif terhadap jaminan terbaharu Presiden Donald Trump bahawa Selat Hormuz akan kekal bebas daripada sebarang bentuk levi maritim. Melalui hantaran di platform Truth Social pada hari Rabu, Trump mengeluarkan kenyataan diplomatik di mana beliau akan menamatkan seluruh rundingan damai serta-merta sekiranya Tehran dikesan memanipulasi maklumat tersebut.
Langkah ini diambil bagi meredakan kebimbangan pelabur selepas parlimen Iran dan kerajaan Oman mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyusun semula struktur pengurusan kos perkhidmatan navigasi antarabangsa. Trump menegaskan bahawa koridor maritim yang mengendalikan 20% bekalan minyak dunia tersebut wajib dibuka tanpa kos tol selama sekurang-kurangnya 60 hari sepertimana terma draf memorandum persefahaman (MoU) 14 perkara.
Selain isu keselamatan selat, Trump turut membongkar mekanisme terbaharu pengurusan dana antarabangsa Iran yang dibekukan di bawah bidang kuasa Washington. Beliau menafikan sebarang pemindahan kecairan tunai langsung kepada rejim IRGC, sebaliknya mengumumkan pelan penukaran aset “makanan untuk dana” bagi mengelakkan dana tersebut disalahgunakan untuk aktiviti pembiayaan keganasan serantau.
Di bawah model pembiayaan kemanusiaan tajaan White House pada para petani dan penternak di Amerika Syarikat. Wang itu akan digunakan secara eksklusif untuk membeli komoditi pertanian utama seperti gandum, jagung, dan kacang soya bagi pihak rakyat Iran yang kini sedang berhadapan dengan krisis catuan makanan pasca-perang 100 hari.
Respons langsung di bursa tenaga antarabangsa menyaksikan kejatuhan mendadak kos komoditi pasca-kenyataan Trump. Harga minyak mentah yang menjadi penanda aras antarabangsa Brent Ogos menjunam sebanyak 3% kepada paras $74.75 seton dimana merekodkan paras terendah sejak rantaian serangan udara dilancarkan pada 28 Februari 2026. Sementara itu, kontrak niaga hadapan WTI AS turut merosot ke paras $71.03 setong hasil kelegaan trafik perkapalan tangki.























































