Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Aliran masuk stablecoin kembali melonjak minggu lepas, mencatatkan $1.7 bilion, iaitu peningkatan hampir 414% berbanding minggu sebelumnya, menurut laporan daripada Messari.
Volume transaksi stablecoin juga turut naik 6.3%, walaupun saiz transaksi purata menurun.
Fenomena ini menunjukkan bahawa lebih ramai pelabur runcit aktif membeli dan mengedarkan stablecoin, mencerminkan aktiviti onchain yang semakin rancak.
Namun, peningkatan ini berlaku ketika Washington, D.C. bergelut dengan perdebatan tentang stablecoin yang memberi pulangan (yield-bearing stablecoins).
Bank-bank di AS bimbang jika stablecoin benarkan memberi faedah, orang ramai mungkin akan mengalihkan dana mereka daripada simpanan bank, menjejaskan sistem perbankan tradisional.
Dua rang undang-undang utama kini menjadi fokus:
CLARITY Act – bertujuan memberi kerangka peraturan jelas untuk aset digital yang sudah diluluskan di Dewan Perwakilan pada 2025 dan kini sedang dibahaskan di Senat.
GENIUS Act – menetapkan bahawa penerbit stablecoin tidak dibenarkan memberi faedah hanya kerana memegang stablecoin, tetapi pihak ketiga masih boleh menawarkan program ganjaran.
Donald Trump turut mengkritik bank kerana didakwa melambatkan kelulusan undang-undang ini, menegaskan bahawa industri kripto tidak sepatutnya dihalang daripada berkembang.
Walaupun ketidakpastian peraturan masih wujud, aliran masuk stablecoin yang meningkat ini menandakan keyakinan pelabur runcit kembali pulih, dan pasaran kripto AS kini berada dalam fasa penyusunan semula yang menarik untuk diperhatikan.






















































