Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, kerajaan MADANI mengumumkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang dijadualkan pada April depan akan diagihkan mulai esok (Selasa).
Kerajaan dilaporkan telah meruntukkan dana sebanyak RM1.3 bilion kepada lima juta penerima.
Pengumuman itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menghadiri perjumpaan bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Putrajaya, hari ini.
Anwar menyatakan bahawa pembayaran STR itu disegerakan bagi membolehkan pengguna membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan.
Sementara itu, beliau turut mengumumkan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2026 sebanyak RM500 akan disalurkan pada 13 Mac kepada penjawat awam Gred 15 ke bawah, termasuk kakitangan lantikan kontrak.
Menurut Anwar, BKK sebanyak RM250 akan disalurkan kepada pesara kerajaan dan veteran, sama ada yang berpencen atau tidak berpencen pada tarikh tersebut.
Bagi kategori ahli kariah masjid, surau dan guru sekolah agama, kerajaan akan menyalurkan bantuan kepada imam dan petugas berkaitan pada 13 Mac sebanyak RM500 melibatkan seramai 70,000 orang.



























































