Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Syarikat milik Michael Saylor, Strategy, terus mengejutkan pasaran kripto apabila membeli hampir 18,000 Bitcoin bernilai lebih $1.3 bilion walaupun harga aset digital itu kini lebih rendah daripada purata kos belian mereka.
Ketika artikel ini ditulis, harga Bitcoin kini berada di paras $69,003 iaitu menurun 0.13% sejak ia dibuka pada awal dagangan Selasa di sesi Asia.
Strategi ini bukan sekadar pembelian biasa, ia menunjukkan keyakinan luar biasa Strategy terhadap masa depan Bitcoin.
Dengan pembelian terbaru ini, jumlah pegangan Bitcoin syarikat kini mencecah 738,731 BTC, mewakili hampir 3.7% daripada keseluruhan bekalan Bitcoin di pasaran.
Jumlah ini menelan belanja lebih $56 bilion sejak Strategy mula menumpuk Bitcoin, menjadikannya antara pemegang awam terbesar di dunia.
Apa yang menarik, Strategy berani membeli ketika harga purata pasaran berada di sekitar $67,700, lebih rendah daripada purata kos keseluruhan mereka $75,862.
Langkah ini menandakan strategi ‘buy the dip’ membeli ketika harga jatuh dan menguatkan lagi reputasi Saylor sebagai pelabur Bitcoin paling agresif.
Selain itu, jumlah Bitcoin yang dibeli melebihi bekalan baru Bitcoin yang dilombong selama lima minggu, menandakan Strategy bukan sahaja membeli untuk simpanan jangka panjang tetapi juga mengawal sebahagian besar bekalan pasaran.
Hasilnya, saham Strategy turut naik, mencatatkan kenaikan lebih 3% minggu lepas, menandakan keyakinan pelabur terhadap strategi ini masih tinggi.

























































