Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) memulakan awal minggu ini dengan prestasi mengecewakan apabila konflik ketegangan di Iran telah memasuki minggu kelima.
Kejatuhan itu berlaku ketika para pelabur bersiap sedia memulakan minggu dagangan yang lebih singkat bersempena cuti umum.
Dari segi prestasi indeks utama, Dow Jones merosot 1.73% kepada 793.47 mata, S&P 500 menyusut 1.67% kepada 108.31 mata, manakala Nasdaq Composite pula menjunam 2.15% kepada 459.72 mata.
Keraguan pelabur terhadap penyelesaian peperangan Iran semakin meningkat selepas militan Houthi menyertai konflik berkenaan.
Situasi tersebut didorong oleh tambahan tentera AS yang dikerahkan ke rantau terbabit.



























































