Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) menunjukkan prestasi mengecewakan hari ini selepas pelabur bimbang mengenai berapa lama konflik di Asia Barat akan berlaku.
Indeks-indeks utama dilihat gagal meneruskan pencapaian positif selepas merekodkan bacaan stabil semalam.
Pada pembukaan, indeks S&P 500 merosot 0.94% kepada 65.03 mata, Dow Jones menyusut 0.82% kepada 399.57 mata, manakala Nasdaq Composite pula menjunam 1.00% kepada 227.62 mata.
Ketegangan antara AS-Israel dan Iran yang kini memasuki hari keempat turut menyebabkan pelabur bimbang terhadap peningkatan inflasi memandangkan harga minyak terus meningkat secara mendadak.
Situasi itu sekali gus merumitkan keputusan dasar Federal Reserve (Fed) yang sebelum ini tertekan ekoran tarif Presiden Donald Trump.
Tindakan ketenteraan Israel dan AS yang melancarkan serangan ke atas Tehran telah mendorong Iran untuk menyerang balas terhadap aset AS di seluruh Asia Barat.
Selain itu, Iran turut menegaskan bahawa mereka akan menyerang mana-mana kapal yang cuba melintasi Selat Hormuz, serta menghentikan pengeluaran minyak dan gas di Timur Tengah.
Tindakan tersebut telah meningkatkan kadar penghantaran global, selain harga gas mentah dan asli.






















































