Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
XRP kembali menjadi perhatian apabila struktur harga semasa dilihat menyerupai situasi pasaran pada tahun 2022.
Pada pukul 10:30 pagi ini, harga XRP dibuka pada harga $1.8957 dan menurun pada paras 0.07% sejak ia dibuka pada awal dagangan Rabu di sesi Asia.
Data Glassnode menunjukkan pelabur baharu kini mengumpul XRP pada harga lebih rendah berbanding pembeli 6 hingga 12 bulan lalu, mewujudkan tekanan kepada pemegang lama namun tanpa tanda panik besar-besaran.
Pembelian secara senyap masih berlaku, menandakan pasaran kekal seimbang walaupun harga bergerak mendatar.
Dari sudut teknikal, penganalisis EGRAG CRYPTO menyatakan XRP berada dalam julat jelas dengan rintangan pada $3.40–$3.60 dan sokongan kritikal sekitar $1.85–$1.95.
Penurunan sementara di bawah $1.85 masih dianggap normal, namun penutupan mingguan di bawah paras itu boleh mencetuskan pembetulan lebih besar.
Semetara itu, penganalisis Dom memberi amaran bahawa kenaikan 30% awal bulan berlaku tanpa sokongan kecairan kukuh.
Harga yang telah tiga kali menguji paras $1.80 dilihat sebagai cubaan terakhir membentuk dasar harga.
Penembusan melepasi $2.05 diperlukan untuk mengukuhkan semula momentum XRP.
Kesimpulannya, XRP kini berada di zon kritikal dan pergerakan seterusnya bergantung sepenuhnya pada keupayaan harga mempertahankan sokongan $1.85.





















































