3 Faktor Ini Boleh Pacukan Harga Solana (SOL) Ke Paras Lebih $50!

914

Solana (SOL), antara matawang kripto yang menyaksikan lonjakan harga sejak beberapa bulan yang lalu dengan rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $54.23 pada 18 Mei.

Bagaimanapun, keruntuhan pasaran kripto menyebabkan SOL mencecah ke paras terendah pada 23 Mei dengan nilai $22.08 sebelum melonjak lebih 86% kepada $35.7 ketika artikel ini ditulis.

Untuk pengetahuan, rata-rata pelabur yakin dengan kebolehan Solana sebagai salah satu pesaing dekat Ethereum.

Sedia maklum, pembangun Solana telah membina blockchain ini dengan jaminan sokongan yang kukuh untuk mencapai nilai yang lebih besar dari deflasi kerana fleksibiliti tokennya sebagai token utiliti.

Tidak hairanlah Solana mencatatkan peningkatan penggunaannya dalam kalangan institusi bereputasi tinggi.

Antara projek yang menarik perhatian peminatnya:

  • Integrasi antara OpenOcean dan rangkaian Solana menawarkan alternatif sistem agregasi DeFi kepada agregator lain yang berasaskan Solana.
  • DeFi Alliance yang disokong oleh Coinbase dikhabarkan telah menyumbang sebanyak $100,000 dalam Mercurial Finance, projek berasaskan Solana yang pertama.
  • Solana semakin mendapat perhatian selepas disenaraikan dalam Coinbase Pro pada 24 Mei lalu.

Dengan faktor positif yang mengelilingi ekosistem Solana, tidak mustahil aset ini akan melonjak melebihi $50 sekali lagi. Boleh rujuk analisis ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas pergerakan SOL.

Bagaimanapun, perlu diingatkan sedikit sebanyak harga SOL masih lagi didominasi oleh sentimen pasaran. Pergerakan Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) akan memberi kesan kepada nilainya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat