Prestasi Quant (QNT) mengujakan para pelaburnya sejak beberapa hari lalu.
Bermula dengan penyusutan sehingga $178 pada pagi 1 September, harga QNT melonjak tinggi sehingga 117% mencecah paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru, $387 pada 6 September, turut menyaksikan jumlah dagangan meningkat kepada $740 juta dalam 24 jam.
- Perkembangan saling kendali
- Perlancaran Overledger 2.0.5 pada 7 September menjadi kunci utama kepada penambahbaikan saling kendali yang menghubungkan ekosistem institusi dan perusahaan dengan stablecoins, DeFi, NFT, dan beberapa aset digital standard ERC20 dan ERC721 untuk penyelesaian.
- Melalui Overledger Payment API ini juga pembayaran DeFi multi-teknologi lejar diedarkan (multi-DLT) dapat dijalankan dengan menggabungkan produk peminjaman dan staking dengan pilihan penyelesaian baharu.
- Penawaran insentif
- Quant telah melancarkan program untuk menarik lebih ramai pembangun menyertai ekosistem mereka.
- Idea ini diinspirasikan oleh beberapa rangkaian seperti Polkadot (DOT), Ethereum (ETH), dan Cosmos (ATOM) yang ligat menawarkan insentif kepada pembangun yang berminat, sekaligus mencipta komuniti aktif hingga menjayakan rangkaian mereka.
- Penyenaraian di bursa utama
- Dagangan QNT akhirnya dibuka di platform Coinbase dan Binance hingga menyebabkan jumlah dagangannya meningkat daripada $9 juta kepada lebih $740 pada 6 September.
- Di Coinbase, QNT turut disenaraikan bersama beberapa token lain seperti BarnBridge (BOND) dan Livepeer (LPT).
Bagaimanapun, QNT mencatatkan penyusutan ketika artikel ini ditulis susulan daripada kejatuhan harga Bitcoin (BTC). Direkodkan harga semasa QNT ialah $329.93, susut lebih 13% daripada ATH dua hari lalu.