3 Matawang Yang Menjadi Tumpuan Pelabur Minggu Ini

694

Matawang utama terus didagangkan lebih tinggi pada permulaan sesi Asia ketika pelabur terus mendorong US dolar untuk didagangkan di tahap terendah enam minggu.

Penanda aras hasil perbendaharaan AS 10 tahun menunjukkan peningkatan semula dan kembali berada pada paras 1.60%.

Walaupun kelemahan US dolar telah mendorong pergerakan pasaran pada hari awal minggu, tetapi tiga matawang yang menjadi tumpuan utama pelabur minggu ini adalah euro, pound sterling dan dolar Kanada.

Matawang euro menembusi paras harga 1.20000 berbanding USD buat pertama kalinya sejak awal Mac, dengan prospek terhadap pelancaran vaksin yang semakin meningkat di Eropah akan mendorong pemulihan lebih cepat.

Bank Pusat Eropah (ECB) akan bertemu pada hari Khamis, iaitu sehari sebelum data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah dikeluarkan. Kedua-duanya menjadi tumpuan utama pasaran pada minggu ini dan bakal memberi impak besar buat matawang euro.

Tidak seperti matawang utama lain, dolar Kanada gagal memanfaatkan kelemahan USD setelah susut lebih rendah selepas menembusi paras tertinggi 1 bulan.

Mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC) pada Rabu juga menjadi fokus utama minggu ini, dengan jangkaan dasar monetari tidak berubah berikutan data-data ekonomi yang kuat.

Sementara itu, matawang pound terbang lebih tinggi dengan didagangkan mengukuh menghampiri paras harga 1.4000 berbanding USD, dengan jangkaan terhadap data yang akan diterbitkan minggu ini akan memaparkan bacaan kuat, kesan daripada pelancaran vaksin dan pelonggaran sekatan.

Walaupun tidak ada pengumuman dasar monetari bagi UK minggu ini, tetapi data pekerjaan, inflasi, penjualan runcit dan PMI pembuatan dan perkhidmatan akan menjadi tumpuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat