3 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sekarang Jika Tidak Mahu Loss Sepanjang Hari Ini!

58

3 perkara ini penting jika anda ingin trade hari ini. Teruskan bacaan kerana Indeks perniagaan IFO Jerman bakal dikeluarkan seawal jam 4 petang!

  1. Indeks Perniagaan IFO Jerman (0800 GMT)

Menyemak semula laporan KDNK suku kedua semalam, Jerman yang merupakan ekonomi terbesar di Eropah itu melaporkan peningkatan sebanyak 0.4%. Faktor utama yang mendorong peningkatan ini ialah eksport.

Walaupun perkembangan sederhana ini berterusan, trend makroekonomi Jerman dilihat perlahan sejak suku pertama.

Justeru prospek indeks perniagaan IFO Jerman hari ini dinilai bakal mengalami penurunan sederhana berdasarkan ramalan consensus, Econoday.com.

Ia bukanlah sesuatu yang membimbangkan, jika penanda aras yang ditetapkan itu mengikut jangkaan awal. Namun, angka itu hanya petunjuk kepada kelembapan ekonomi Jerman bakal melemah sehingga ke separuh tahun kedua.

2. Laporan Durable Goods Amerika Syarikat (1230 GMT)

Pengeluaran industri dilaporkan meningkat 0.5% pada bulan lepas, yang juga kenaikan bulanan yang paling tinggi dalam setahun.  Jadi, konsensus turut mengharapkan angka yang tinggi dapat dicatat pada laporan malam ini.

3. Laporan tuntutan pengangguran awal Amerika Syarikat (1230 GMT)

Awal minggu ini, Naib Pengerusi Fed, Stanley Fischer berkata ekonomi sedang bergerak menuju sasaran bank pusat bagi inflasi dan pertumbuhan pekerja. Laporan ini dianggap penting bagi membuktikan ramalan Fischer tersebut.

Briefing.com menjangkakan tuntutan pengangguran awal bakal meningkat 3,000 sehingga 20 Ogos.

Jangan Abaikan Matawang ini Menjelang Data Barangan US Malam Ini. Mana Tahu Boleh Profit?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat