300 Pips Jangkaan Penurunan Pada GBP/CAD Jika Pound Terus Lemah

765

Pound Sterling dijangka menamatkan dagangan minggu ini dalam kelompok matawang yang berisiko dengan perkembangan isu Brexit menjadi tumpuan pasaran.

Undian “meaningful-vote” pada hari ini akan menjadi fokus utama dan jika ahli parlimen meluluskan perjanjian Brexit Theresa May, seterusnya tarikh akhir pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah akan dilanjutkan sehingga 22 Mei. Ini akan memberikan tempoh beberapa minggu untuk Perdana Menteri Theresa May mencari alternatif solusi Brexit yang terbaru.

Namun ketidakpastian terhadap keputusan undian menyebabkan pelabur berwaspada dan menjangkakan  dagangan GBP berkemungkinan akan mengalami kejatuhan.

Matawang komoditi dolar CAD pula bakal menerima kesan positif dalam dagangan selepas harga minyak mentah dilaporkan semakin meningkat.

OPEC dilaporkan mengurangkan bekalan minyak mentah dan di samping itu juga, sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran dan Venezuela turut menyumbang kepada faktor kenaikan harga minyak mentah.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pula membuat komen pada akaun media sosial Twitter beliau yang menyatakan keluhan terhadap harga minyak mentah yang tinggi.

Jika dilihat pergerakan harga pada pasangan matawang GBP/CAD, harga telah menunjukkan penurunan setelah gagal melepasi resistance 1.77900 pada hari sebelumnya.

Dagangan GBP/CAD hari ini pula dilihat menguji paras Magic Pivot 1.7570 pada indicator Moshed Magic Line pada sesi Eropah yang merupakan paras tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Jika harga gagal melepasi paras Magic Pivot tersebut, jangkaan kecenderungan harga akan bergerak menurun ke paras sekitar support 1.7448 (MagicS1) sebelum penurunan lebih rendah harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.7256 (MagicS3) dengan 300 pips pergerakan harga mampu dicatatkan.

Sebaliknya, jika harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi paras Magic Pivot hari ini, paras resistance pada 1.77900 berhampiran paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line hari ini bakal diuji kembali. Kenaikan ke paras tersebut boleh mencecah sekitar 220 pips pergerakan harga.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/CAD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.7448, 1.7379, 1.7256.

Paras resistance: 1.7639, 1.7761, 1.7830.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat