5 Perkara yang Anda Perlu Tahu Pada Pembukaan Pasaran New York

47

Keyakinan terhadap OPEC merosot, Hari Indeks PMI, Menteri Kewangan UK bentang mini-bajet. Ini antara perkara-perkara yang menjadi perhatian pada pembukaan pasaran US.

Menjelang Perjumpaan OPEC minggu hadapan

Semalam minyak mentah WTI hampir mencecah $50 setong dengan keyakinan yang semakin memuncak kepada perjanjian pembekuan pengeluaran minyak OPEC minggu hadapan. Pun begitu masih ada ketidakpastian dalam perjanjian ini dengan Iran dan Iraq yang mungkin akan menjadi penghalang.

Aktiviti ekonomi di Zon Eropah naik

Aktiviti ekonomi di zon Eropah meningkat pada November dengan data kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan naik lebih dari jangkaan seperti dikeluarkan sebentar tadi. Dalam laporan itu kumpulan kajian pasaran Markit, melaporkan peningkatan dalam flash services purchasing managers’ index kepada 54.1 berbanding jangkaan 53.1 dan bacaan pada bulan lepas 52.8. Manakala dalam satu data lagi yang dilaporkan oleh Markit menunjukkan kenaikan dalam manufacturing purchasing managers’ index kepada 53.7 berbanding bulan sebelum 53.5. Manakala jangkaan penganalisis ialah 53.2.

Pembentangan bajet mini (Autumn statement)

Menteri Kewangan UK, Philip Hammond akan membentangkan polisi fiskal pertamanya pada mala mini pukul 8.30 malam. Pada masa ini apa yang menjadi persoalan kepada matawang, pasaran ekuiti UK dan bon kerajaan UK ialah adakah pembentangan ini akan membantu pasaran kewangan UK yang masih dikuasai oleh sentimen Brexit. Pembentangan bajet pada Rabu ini adalah peluang kepada kerajaan UK memberikan keyakinan kepada pasaran tentang prospek ekonomi UK. Pembentangan pada Rabu ini akan membantu pasaran untuk memahami bagaimana kerajaan UK melihat Brexit sama ada hard Brexit atau soft Brexit.

US dolar Melemah seketika

Dollar dilihat masih perlahan pada Rabu setelah lemah pada Selasa berikutan cuti umum di AS. Matawang Yuan di offshore market pula jatuh kepada rekod terendah. Pelabur matawang terbabit sedang bergelut dengan aliran keluar yang meningkat mendadak setelah Trump memenangi pilihanraya. Index Dollar pula didagang rendah dalam sesi ini selepas mencapai tahap tertinggi sejak tahun 2003 dalam sesi sebelum ini.

Beri perhatian data Durables good US

Data ini akan dikeluarkan malam ini pukul 9.30 malam waktu Malaysia. Durables goods ialah barang-barang yang bukan digunakan secara terus dan boleh disimpan dalam jangka masa panjang seperti mesin. Tempahan bagi durables good jatuh sedikit pada September selepas mencatatkan kenaikan selama dua bulan berturut-turut. Jumlah tempahan bagi barang pembuatan jatuh 0.10% kepada $227.3 billion selepas meningkat pada Ogos sebanyak 0.30%. Penganalisis menjangkakan tempahan durable goods naik 1.20% sementara Core durable goods naik 0.20%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat