5 Perkara yang Anda Perlu Tahu Pada Pembukaan Pasaran U.S.

51

Donald Trump bertemu dengan Veteran Wall Street, Harga minyak naik, Minggu yang sibuk dalam politik Eropah.

Trump bertemu dengan Veteran Wallstreet

Trump bertemu dengan Ketua firma hartanah Blacstone Group, Jon Gray dalam usaha untuk mengisi kekosongan Setiausaha Perbendaharaan (Treasury Secretary) dalam pentadbirannya. Pemilihan yang telah diumumkan ini menunjukkan pentadbiran baru nanti sudi menerima individu di luar Washington bagi jawatan utama kerajaan.

Harga minyak naik

Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Disember didagangkan pada masa artikel ini ditulis telah naik ke paras $47.30 berikutan Iran dan Iraq menunjukkan keyakinan mereka dalam perjanjian OPEC di Vienna minggu hadapan. Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak melihat halangan kepada perjanjian ini dan pihak Rusia sudi untuk membekukan pengeluaran mereka.

Minggu yang sibuk dalam politik Eropah

Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy telah terkeluar dari persaingan pemilihan Presiden tahun depan apabila dia mendapat tempat ketiga pada pusingan pertama pemilihan semalam. Peningkatan sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Francois Fillon menjadikan beliau sebagai calon kegemaran untuk memenangi pilihanraya. Di German pula, Angela Merkel mengesahkan beliau akan bertanding untuk menjadi Canselor German bagi penggal keempat tahun hadapan.

Pasaran ekuiti meningkat

Pasaran saham utama dunia menunjukkan kenaikan seperti MSCI Asia Pacific Index (Indeks MSCI Asia Pasifik) naik 0.30 peratus, Indeks di Jepun (Indeks Topix) naik selama 8 hari berturut-turut. Di Eropah pula, Indeks Stoxx 600 turun sedikit 0.10% mungkin disebabkan ketaktentuan pilihanraya pemilihan canselor baru. Indeks hadapan (S&P 500 future) naik 0.20%.

Pasaran bon masih dalam tren menurun

Penjualan aset bon sejak pilihanraya Presiden US telah disebabkan sentimen positif kepada kemenangan Trump. Pun begitu, pasaran global dijangka pulih dengan kenaikan dana pencen (pension fund). Penganalisis di Nomura Holdings mengatakan masih tidak melihat penjualan aset bon akan berakhir dalam masa terdekat dengan potensi kenaikan kadar (Fed Fund Rate) yang semakin memuncak.

 

Ini Idea Trading ‘Goldman Sach’ Pada Tahun 2017

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat