Ini Idea Trading ‘Goldman Sach’ Pada Tahun 2017

62

Terfikir untuk membuat pelaburan dalam pasaran global tahun hadapan? Bagaimana untuk memilih portfolio pelaburan dengan ketaktentuan pentadbiran Trump dan usaha China untuk meneruskan pertumbuhan yang mapan tahu hadapan?

Goldman Sach Group telah mengeluarkan fokus utama yang anda boleh dagangkan pada tahun hadapan yang telah dikaji oleh sebuah kumpulan penganalisis yang diketuai Pembantu Ketua Global Makro dan Pasaran, Francesco Garzarelli.

Berikut adalah portfolio pelaburan yang disyorkan Francesco dan tim di Goldman Sach. Pun begitu, kami akan mengulas tiga daripada enam pelaburan yang disyorkan mereka.

  • Beli USD berbanding dua matawang ini.

Francesco dan tim juga mengesyorkan untuk membeli US dolar berbanding matawang Euro dan Pound Sterling. Mereka menjangkakan US dolar akan menguat sebanyak 10% tahun hadapan berbanding dua matawang ini dan akan keluar dari position jika dagangan ini bergerak berlawanan sebanyak 5%.

Menurut mereka hal ini disebabkan peningkatan peningkatan dalam pergerakan positif US dolar dengan kebarangkalian rangsangan fiskal, polisi perlindungan Trump dan kawalan imigran yang menambah lagi potensi kenaikan inflasi dan polisi pengetatan monetari. Manakala di Eropah pula proses berterusan yang diusahakan untuk Britain keluar dari Kesatuan dan pilihanraya di beberapa negara seperti Itali, Perancis, German dan Belanda yang akan melemahkan matawang Euro.

Pun begitu, tim penganalisis ini mengatakan risiko kepada dagangan ini ialah kebarangkalian tapering kepada polisi ECB dan penangguhan proses keluarnya Britain.

  • Trump akan kecewa dengan Penyusutan Nilai Yuan yang berterusan

Goldman menjangkakan Beijing akan meneruskan polisi melemahkan Yuan berbanding US dolar  sehingga 2017.

Penganalisis mencadangkan anda untuk membeli US dolar dalam kontrak 12-bulan NDF dengan jangkaan 1 US dolar akan mencapai paras 7.07 yuan dan seterusnya ke paras 7.30. Tim ini akan memotong kerugian (cut-loss) jika kontrak ini jatuh sehingga ke paras 6.75 Yuan.

Pun begitu secara fundamental (asas), dilema matawang Yuan ini ialah potensi kenaikan US dolar yang berterusan akan menyebabkan risiko kepada pengaliran wang ke luar negara yang menyebabkan Yuan menguat.

  • Jual Matawang negara pesat membangun (emerging market)

Penganalisis di Goldman Sach ini juga menyarankan untuk terus membeli US dolar berbanding matawang negara pesat membangun (emerging market) seperti matawang Brazil, Rusia, India, Afrika Selatan, Korea Selatan dan Singapura.

Garzarelli mengatakan keuntungan boleh mencapai 7% setahun dengan kebarangkalian 7% harga membuat U-turn adalah 14%. Sejak pilihanraya, sesetengah pelaburan aset daripada negara-negara higher yielding currencies ini dijual kerana peningkatan optimisma di US.

Pun begitu, bagi Garzarelli risiko kepada pelaburan ini adalah jika Trump tidak meneruskan perancangannya untuk melindungi ekonomi US seperti yang dikatakannya sebelum ini.

 

US Dolar Index di Paras Tertinggi Sejak Tahun 2003 !!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat