US Dolar Index di Paras Tertinggi Sejak Tahun 2003 !!

43

Sejak Pilihanraya Presiden, US dolar telah didagangkan pada paras tertinggi sejak tahun 2003 dengan peluang untuk The Fed menaikkan kadar (Fed Fund Rate) yang semakin memuncak.

Indeks US dolar yang mengira kekuatan nilai US dolar berbanding enam matawang utama dunia yang lain meningkat 0.30% pada Jumaat ke paras 101.21. Indeks Dolar telah pun meningkat 10 hari berturut-turut sejak pilihanraya presiden.

Selain itu komoditi seperti emas dan minyak juga masih turun-naik (volatile) dengan emas telah pun jatuh ke paras terendah sejak sembilan bulan lepas.

Janet Yellen minggu lepas menyatakan, keputusan untuk menunggu lebih banyak bukti-bukti dalam data ekonomi sebelum menaikkan kadar faedah (Fed Fund Rate) bukanlah disebabkan kurangnya keyakinan The Fed kepada ekonomi U.S. Tetapi ini disebabkan, The Fed melihat pasaran buruh U.S. boleh meningkat lagi dengan kukuh sepertimana yang telah dijangkakan awal tahun ini.

Ucapan Yellen ini agak retorik yang bermaksud The Fed mampu bergerak pantas dalam pengetatan polisinya dan komen beliau juga bermaksud kenaikan kadar pada Disember adalah pasti kecuali berlaku peristiwa besar yang menghalang perkara ini.

Berikut merupakan Indeks US dolar yang berada pada paras tertinggi sejak tahun 2003 pada penutupan pasaran Jumaat lepas.

m-17
Sumber: Investing.com

Pasaran seakan-akan sudah pasti, The Fed akan menaikkan kadar pada Disember dengan Indeks CME Group’s 30-day Fed Fund futures telah pun menunjukkan 95.40% peluang bagi kenaikan kadar pada Jumaat lepas yang naik daripada 90.6% pada Khamis.

Ada beberapa data ekonomi US minggu lepas yang menyokong kepada kenaikan kadar bulan hadapan seperti Data jualan runcit (retail sales) bagi bulan Oktober meningkat sebanyak 0.80% berbanding jangkaan 0.60%. Manakala core retail sales juga meningkat sebanyak 0.80% berbanding 0.50% jangkaan. Manakala data Jobless Claims menunjukkan pengurangan sebanyak 19,000 berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 254,000.

US consumer price Index (CPI) atau Indeks harga pengguna naik 0.40% pada Oktober dengan inflasi tahunan (annual inflation) naik ke 1.60% dari 1.20% sebelum ini dan kenaikan ini sejajar dengan jangkaan pasaran. Ini adalah inflasi tahunan yang tertinggi sejak Oktober 2014 dan data keseluruhan akan mengekalkan kepada jangkaan kenaikan kadar The Fed pada Disember.

The Fed mengekalkan kadar (Fed Fund Rate) sejak Disember tahun lepas dan dijangka minit mesyuarat dan data durable good US akan menjadi tumpuan pasaran minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat