5 Perkara Yang Patut Anda Tahu Tentang Perdagangan US-China

585

Pentadbiran Trump dijangka mengumumkan tarif baru kepada China pada hari Jumaat dimana tarif tersebut boleh memcecah $60 bilion. Tarif tersebut disasarkan pada sektor teknologi, telekomunikasi dan harta intelek.

Berdasarkan salah satu laporan yang dikeluarkan, tarif China akan dibahaskan dan akan tertakluk pada respon orang awam. Hal ini dapat dijangka bahawa pengenaan tarif pada tarikh yang ditetapkan kemungkinan dilewatkan. Dalam masa yang sama ia akan memberi ruang kepada industri dan syarikat untuk membuat bantahan terhadap polisi tersebut.

Walaubagaimanapun, disni Team Moshed akan kongsikan 5 perkara yang perlu anda tahu tentang perdagangan antara U.S dan China.

Setelah mengenakan tarif keluli dan aluminium ke China dan negara-negara lain, Presiden Trump dilaporkan sedang dalam pelan untuk mengenakan tarif lain kepada Beijing.

Presiden Trump berjanji untuk meneliti lebihan perdagangan China dengan U.S. Walaubagaimanapun, ia adalah persetujuan dua hala, tambahan pula China akan menjadi pasaran ketiga terbesar eksport U.S.

Disebabkan kebimbangan perang perdagangan U.S. China menjadi semakin tegang maka berikut adalah lima perkara yang perlu anda ketahui tentang perdagangan antara kedua-dua negara tersebut.

1. U.S. mempunyai defisit perdagangan dalam barangan sebanyak $ 347 bilion pada 2016 dan lebihan perdagangan dalam perkhidmatan sebanyak $ 38 bilion.

2. Eksport perkhidmatan dan barangan U.S. ke China telah membantu 911,000 pekerjaan U.S. pada tahun 2015.

3. China telah membeli lebih banyak pesawat U.S. jika dibandingkan mana-mana negara lain. Eksport ke China hanya $15 bilion pada tahun 2016.

4. China mengimport produk pertanian bernilai $21 bilion pada 2016. Sebahagian besar darinya adalah kacang soya dan bijiran.

5. China menyumbang 5.4% dalam barangan komputer daripada semua eksport U.S. pada tahun 2017.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat