5 Tips Pelaburan Dikongsikan Pengerusi Hedge Fund Terbesar Dunia

2,138

Ray Dalio, merupakan satu figura yang tidak asing lagi dalam dunia pelaburan terutamanya dalam pasaran Wall Street.

Beliau ialah pengasas kepada Bridgewater Associates, sebuah hedge fund terbesar dunia. Apa yang mengagumkan ialah syarikat tersebut diasaskan di sebuah bilik tidur apartmentnya.

Selain itu, beliau dikenali sebagai ketua hudge fund yang paling banyak memberi pulangan kepada para pelanggan iaitu sebanyak $50 bilion dolar, jumlah terbesar yang direkodkan dalam sejarah hedge fund dunia.

Oleh yang demikian, Ray Dalio memilih untuk berkongsi beberapa prinsip yang diamalkan olehnya melalui sebuah buku yang diterbitkan berjudul ‘Principles : Life and Work.”

Jadi, apakah antara tips berguna yang ditekankan oleh figura hebat ini?

1. Kepelbagaian pelaburan

Ray Dalio mengamalkan strategi kepelbagaian atau lebih dikenali sebagai ‘diversify’ yang berdasarkan kepada prinsip realiti.

Prinsip ini mengajarkan supaya melihat realiti dunia bukannya angan-angan mat jenin.

Realiti dalam pelaburan ialah kita tidak menfokuskan kepada satu sahaja pelaburan kerana kerugian atau keuntungan sesebuah pelaburan adalah di luar jangkaan kita.

Beliau berpendapat bahawa 15 pelaburan diperlukan untuk mengurangkan faktor risiko sebanyak 80%.

2. Fahami risiko inflasi

Inflasi merupakan isu besar yang menjejaskan pasaran kewangan. Jadi, para pelabur perlu bijak dalam menangani risiko inflasi supaya mampu untuk memperolehi pulangan yang konsisten dari semasa ke semasa.

Jangan ramalkan deflasi dan inflasi sebaliknya, perlu meneliti setiap data yang mempengaruhi keadaan ekonomi semasa supaya dapat merancang pelaburan yang bijak.

3. Jangan berat sebelah

Berat sebelah atau bias adalah pembunuh no satu dalam pelaburan! Kebanyakan pelabur mempunyai sifat kecenderungan terhadap pasaran atau bias sama ada bullish atau bearish.

Bias akan menyebabkan pelabur  bertindak melulu serta membuka posisi dagangan (buy atau sell) terlalu lama sehinggakan sukar dikawal.

Langkah efektif untuk mengelakkan bias ialah kepelbagaian. (Rujuk tips pertama)

4. Sell the winners, buy the losers

Ray Dalio menekankan supaya mengaut keuntungan pada harga penuh saham iaitu dengan menjual dan melabur semula keuntungan.

Teknik ini digelarkan sebagai ‘rotating the portfolio.’

5. Cakna tentang kadar faedah

Menurut Ray Dalio, semuanya adalah berkisar tentang kadar faedah. Sebagai seorang pelabur, kita meletakkan bayaran untuk aliran kewangan di masa hadapan.

Jadi, adalah sangat penting memahami kadar faedah serta mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Jangan cuba untuk ramalkan kadar faedah sebaliknya fahami struktur dan mengapa ianya bergerak.

Kesimpulannya, kelima-lima tips ini adalah penting dan diberikan secara percuma buat anda. Jadi, apa tunggu lagi? Jom sama-sama kita praktikkan untuk menjadi pelabur yang bijak!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat