59 Syarikat China Disekat Biden!

725

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menandatangani perintah eksekutif yang secara efektif melarang pelaburan Amerika ke 59 syarikat China yang berkaitan dengan ketenteraan.

Langkah itu memberi isyarat bahawa Biden akan meneruskan beberapa dasar yang berkaitan dengan China yang sebelumnya dilaksanakan oleh pentadbiran Trump.

Perintah eksekutif baru tersebut akan berkuat kuasa pada 2 Ogos, yang merangkumi 59 syarikat termasuk gergasi komunikasi Huawei. Senarai syarikat dilaporkan akan dikemas kini secara berterusan.

Bagaimanapun, pelabur semasa di syarikat-syarikat ini masih dibolehkan untuk melakukan perdagangan dengan tunjuan melepaskan pegangan mereka dalam jangka masa satu tahun.

Di bawah perintah baru itu, pelabur AS akan dilarang membeli atau menjual sekuriti yang diperdagangkan secara terbuka untuk syarikat lain termasuk China General Nuclear Power Corporation, China Mobile Limited dan Costar Group.

Ini memperluaskan lagi senarai sebelumnya yang ditandatangani oleh bekas Presiden Donald Trump ke atas 31 firma, bagi memastikan pelaburan AS tidak menyokong syarikat China yang merosakkan keselamatan atau kepentingan AS dan sekutunya.

Selain itu, langkah itu juga dibuat sebagai sebahagian daripada komitmen pentadbiran Biden yang menolak untuk memudahkan pelanggaran hak asasi manusia di China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat