6 Berita Data Ekonomi Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (1-5 Mac 2021)

1,415

Berikut merupakan sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data PMI Pembuatan Eropah (Isnin 5.00 Petang): Sektor pembuatan di Eropah masih menunjukkan angka di paras berkembang yang baik sejak Ogos tahun lalu. Dijangka tiada perubahan pada angka bacaan akhir seperti yang diterbitkan pada bacaan sebelum ini pada 57.7 mata.

Data PMI Pembuatan UK (Isnin 5.30 Petang): Sektor pembuatan UK berkembang baik sejak Julai tahun lalu memberikan isyarat yang baik untuk pemulihan ekonomi. Bacaan akhir juga diramalkan tidak berubah berbanding bacaan awal yang diterbitkan.

Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Isnin 11.00 Malam): Sektor pembuatan di AS juga menunjukkan angka perkembangan yang meningkat di atas paras 50.0 sejak Julai tahun lalu. Angka bacaan bagi sektor ekonomi terbesar di dunia itu dijangka akan terus positif.

Mesyuarat Polisi Bank Pusat Australia (Selasa 11.30 Pagi): Tumpuan akan terarah pada mesyuarat polisi kedua bagi tahun ini oleh Reserve Bank of Australia (RBA). Kadar faedah dijangka akan dikekalkan di paras terenda 0.10%, namun kenyataan susulan oleh bank pusat akan dijadikan petunjuk polisi yang seterusnya oleh pasaran.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar Australia (Rabu 8.30 Pagi): Data pertumbuhan GDP Australia untuk suku terakhir tahun 2020 dijangka susut berbanding suku sebelumnya. Bacaan data yang pasif bakal memberi kesan negatif terhadap pergerakan mata wang dolar Aussie dalam pasaran.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 9.30 Malam): Pertambahan pekerjaan di Amerika Syarikat untuk bulan Februari dijangka meningkat lebih tinggi berbanding bacaan bulan sebelumnya. Purata pendapatan per jam berkemungkinan tidak berubah di paras 0.2% sementara kadar pengangguran dijangka sedikit meningkat kepada 6.4% daripada 6.3% sebelum ini.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat