Ada Kejutan dari Pasaran Buruh Australia yang Perlu Anda Baca Segera!

34

Angka pekerjaan Australia yang dilaporkan menguat memberi kejutan pada bulan November selepas mengharungi tempoh setahun yang amat sukar buat pasaran tersebut.

Biro Perangkaan Australia mengumumkan bahawa angka pekerjaan meningkat sebanyak 39,1000 pada bulan November, sekali gus mengatasi ramalan awal sebanyak 20,000 pekerjaan.

Kadar pengangguran pula dilaporkan meningkat sehingga 5.7 peratus. Dalam laporan ini juga, angka pekerjaan sepenuh masa melonjak sebanyak 39,300 semenjak September kepada 84,000, memulih daripada kerugian yang dicatat sejak Januari lalu.

Menurut Shane Oliver, ketua ekonomi di AMP Capital, trend pekerjaan sepenuh masa ini tiba-tiba berubah dan menjadi lebih kuat daripada yang dibayangkan.

Peningkatan angka pekerjaan separuh masa tidak digalakkan oleh kerajaan kerana dianggap mengganggu pendapatan dan hasil cukai.

Data yang lebih baik ini membantu menstabilkan matawang tempatan sekitar $0.7420 setelah kenaikan kadar telah memberikan tekanan buat Aussie.

Sektor pekerjaan di Australia Barat dan Queensland juga terdapat tanda-tanda pemulihan yang sebelum ini terjejas akibat kemerosotan dalam aktiviti perlombongan.

Harga komoditi utama di Australia iaitu arang batu juga bangkit mendadak dan dijangka berterusan untuk suku pertama tahun 2017 kepada $285 satu tan. Angka ini merupakan angka tertinggi yang pernah dicapai oleh komoditi terbabit semenjak tahun 2011.

Permintaan Minyak Mentah dalam Sesi Asia Mula Terjejas!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat