Permintaan Minyak Mentah dalam Sesi Asia Mula Terjejas!

36

Harga minyak mentah jatuh pada Khamis berikutan keputusan Fed telah menghilang kan selera pelabur daripada komoditi kepada bon AS serta Dollar.

WTI mentah diniagakan kepada $50.89 setong, turun 15 sen daripada harga dagangan sesi sebelum ini.

Brent mentah antarabangsa pula dinilai merosot sebanyak 5 sen. Kerugian ini bermula semalam apabila US Dollar mula mencatatkan pengukuhan.

Semalam, US Dollar naik mendadak kepada paras tertinggi dalam tempoh 14 tahun berbanding matawang utama yang lain.

Pengukuhan matawang US Dollar boleh menjejaskan permintaan minyak mentah kerana meningkatkan kos pembelian bagi pemegang matawang selain US Dollar.

Walaupun begitu, minyak mentah mendapat sedikit sokongan selepas Pentadbiran Maklmuat tenaga (EIA) melaporkan bahawa inventori hitam tersebut menurun sebanyak 2.56 juta tong minggu lepas.

Matawang Gergasi Mula Menambah Tenaga Setelah Fed Menaikkan Kadar!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat