Ada Yang Tahu Kenapa Pound Naik, Walaupun USD Kuat?

558

Jangkaan kenaikan kadar faedah bergema di Bank of England (BOE), setelah pembuat dasar Gertjan Vlieghe mengatakan bank pusat mungkin akan meningkatkan kadar faedah pada tahun depan.

Vlieghe juga menyatakan kenaikan kadar boleh terjadi lebih awal jika ekonomi memaparkan pemulihan lebih cepat dari yang dijangkakan.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa Vlieghe akan meninggalkan jawatannya di BOE pada akhir bulan Ogos, jadi ini mungkin hanya pandangan beliau.

Jawatankuasa bank pusat juga akan membuat keputusan mengenai kenaikan kadar tanpa beliau pada masa akan datang, jadi kenyataan beliau hanya akan memberi dorongan jangka pendek.

Walaupun sokongan ini hanya dilihat sementara, tetapi matawang pound berjaya memanfaatkan peluang untuk meningkat lebih tinggi menjelang dagangan penghujung minggu.

Pada sesi Asia, matawang pound diniagakan menguat di sekitar paras ketinggian tiga bulan berbanding dolar greenback yang turut mempamerkan pengukuhan.

Sementara itu, US dolar menikmati keuntungan daripada hasil bon AS yang lebih tinggi setelah laporan New York Times bahawa Presiden AS Joe Biden akan mengumumkan belanjawan bernilai $6 trilion untuk tahun 2022.

Turut menyokong pengukuhan harga, adalah jumlah tuntutan pengangguran AS yang menunjukkan penurunan lebih rendah pada minggu lalu, menandakan pasaran pekerjaan terus bergerak ke arah pemulihan.

Ketika penulisan, indeks dolar diperdagangkan stabil berbanding kebanyakan matawang utama di sekitar harga 90.05.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat