Adakah Bacaan Data Pekerjaan ADP Akan Mempengaruhi NFP Jumaat Ini?

600

Kes pandemik coronavirus global hampir mencecah angka 1 juta dengan jumlah yang dicatatkan setakat ini telah meningkat kepada 935,571 kes dan 47,206 kematian, di mana Amerika Syarikat, Itali dan Sepanyol menjadi penyumbang utama kepada peningkatan mendadak tersebut.

Amaran Presiden AS Donald Trump mengenai Amerika yang akan berdepan dengan kesukaran dalam masa 2 minggu dan ramalan kira-kira 200,000 kematian di negara itu telah menekan dagangan US dolar untuk terus menyusut berbanding yen.

Turut menambah tekanan kepada US dolar adalah bacaan PMI pembuatan PMI AS pada Mac yang menunjukkan penurunan kepada 49.1 daripada 50.1 bulan lalu, namun lebih baik daripada jangkaan untuk merosot pada 45.

Gangguan yang disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 telah menolak pesanan baru yag diterima oleh kilang-kilang AS ke paras terendah 11 tahun, sekali gus mencetuskan jangkaan terhadap kemelesetan ekonomi.

Sementara itu, data pekerjaan ADP pula menunjukkan kemerosotan dalam jumlah pekerjaan sektor swasta di AS dengan kehilangan 27,000 pekerjaan pada bulan Mac daripada penambahan yang disemak semula sebanyak 179,000 pada Februari.

Bagaimanapun, matawang itu mula meraih peningkatan pada sesi Asia hari ini memandangkan pelabur kembali mendapatkan US dolar disebabkan kebimbangan terhadap COVID-19 boleh menyebabkan gangguan besar-besaran kepada perdagangan global.

Kebimbangan terhadap penularan coronavirus yang masih tidak dapat dibendung terus memberi tekanan buat matawang Aussie dan New Zealand yang diniagakan mendatar pada sesi Asia hari ini.

Bagaimanapun ketika sesi New York, pasangan matawang AUD/USD tiba-tiba melonjak 130 pips sebelum kembali menyusut semula selepas itu. Perkara yang sama juga turut dapat dilihat pada pasangan NZD/USD yang mencatat peningkatan sekitar 70 pips sebelum kembali menurun.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat