Adakah DOGE Sudah Luput?

934

Pada awal bulan lalu, Dogecoin (DOGE) menjadi kegilaan komuniti kripto apabila mencipta rekod harga yang luar biasa dengan jumlah nilainya meningkat sehingga $10 bilion.

Tanpa hype dari kalangan selebriti dan jutawan dunia seperti penyanyi rock Amerika Syarikat (AS), Gene Simmons dan Snoop Dogg, termasuk Elon Musk, mungkin DOGE sukar untuk meroket menghampiri $0.10 daripada $0.01 pada awal 2021.

Tidak pasti di mana silapnya, harga dogecoin telah susut hampir separuh sejak kemuncak yang direkod pada awal Februari walaupun Musk seperti biasa, memuatnaik tweet berkaitan DOGE.

Terbaru dari Musk: “Doge meme shield (legendary item)“, bersama ilustrasi gambar askar sedang melindungi DOGE daripada penyusutan nilai. Begitu juga pada minggu lepas, figura itu memuatnaik sekeping gambar shiba inu di bulan – menunjukkan harganya mampu melonjak tinggi.

Malangnya harga DOGE gagal untuk menunjukkan peningkatan, sebaliknya mencatatkan penyusutan sekitar 40% dari paras tertingginya pada bulan lalu, $0.08.

Satu hal yang pasti, matawang kripto ini mungkin dianggap sebagai meme namun, sebenarnya diam-diam ubi berisi dengan sokongan kuat daripada komunitinya yang besar.

Kebangkitan Dogecoin juga tidak mustahil akan menarik minat dalam kalangan pembangun dan usahawan untuk menyumbang kepada projeknya, sekaligus meningkatkan popularitinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat