Harga emas melemah dalam sesi Asia hari ini disebabkan oleh peningkatan jangkaan kenaikan kadar oleh Fed dan pengukuhan US Dollar.
Emas jatuh sebanyak 0.07% kepada $1,262.85. Juga di Comex, silver dan copper didagang menyusut.
Semalam, kebanyakan trader menjual emas berikutan jangkaan kenaikan kadar yang semakin menguat. Peratusan kenaikan pada bulan Disember kini telah meningkat kepada 73.6%.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan matawang gergasi meningkat 0.16%.
Pergerakan emas dianggap sensitif kepada matawang US Dollar kerana dinilai berbanding matawang tersebut.
Pun begitu, harga komoditi kuning ini kekal menguat berikutaan permintaan bermusim dari Inida sempena musim perayaan kerana mereka akan dianggap bertuah apabila membeli emas. Permintaan tersebut dijangka meningkat bermula akhir bulan ini.
India dan China adalah pembeli terbesar bagi logam berharga.
Lelaki Ini Sanggup Menghabiskan 5 Tahun Dari Hidupnya Semata-Mata Untuk Mengkaji Perkara Ini