Adakah Huawei Benar-Benar Terlepas Dari Cengkaman Amerika Syarikat?

863

Pada 2 minggu lepas, Presiden Donald Trump telah mengumumkan di persidangan G20 bahawa beliau akan menarik kembali pengharaman ke atas syarikat Huawei.

Berita tersebut telah memberi khabar gembira kepada syarikat gergasi teknologi China tersebut. Dengan itu, Huawei dapat berurusan kembali dengan syarikat-syarikat Amerika Syarikat. Walaupun Trump bersetuju untuk membenarkan kembali Huawei berurusan dengan AS, namun ianya hanya sekadar bicara yang diutarakan oleh Trump tanpa dokumentasi rasmi.

Pada awal minggu ini barulah setiausaha perdagangan, Wilbur Ross mengumumkan bahawa kerajaan akan membenarkan syarikat-syarikat AS untuk menjual produk kepada Huawei. Dengan ini, Huawei tidak akan kehilangan akses kepada syarikat-syarikat seperti Google, Intel dan Qualcomm.

Bagi merealisasikan hasrat Trump, Badan Perdagangan akan mengisukan lesen jika tiada ancaman kepada sekeruti AS. Maka syarikat-syarikat harus mendapatkan lesen terlebih dahulu.

Setakat ini belum ada informasi kukuh yang mengatakan syarikat Huawei telah dihapuskan dari senarai hitam ‘entity list’. Walaubagaimanapun, hal ini memberi nafas lega kepada pengguna, bahawa mereka sudah boleh membeli produk Huawei kembali.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat