Adakah Ini Salah Satu Faktor Kemenangan Pro-Brexit?

49

Akhbar-akhbar United Kingdom dilihat berat sebelah, berpihak kepada Brexit semasa kempen referendum UK-EU Jun lalu.

Menurut kajian oleh Reuters Institute for the Study of Journalism (RISJ), Daily Express mengeluarkan informasi yang paling banyak berpihak kepada Brexit.

kajian-brexitKajian yang dijalankan menganalisa sebanyak 3,403 artikel daripada 9 akhbar nasional selama 3 bulan sehinggalah tarikh 23 Jun, tarikh referendum dijalankan.

RISJ mendapati sebanyak 41% artikel pro-Brexit manakala hanya 27% sahaja berpihak kepada Bremain.

Kajian memecahkan peranan setiap akhbar semasa kempen referendum tersebut. Tidak mengejutkan, akhbar pro-UKIP, mempunyai peratusan paling tinggi mempunyai artikel yang menyokong Brexit.

Daily Mail, The Sun, Daily Graph semua berpihak kepada Brexit manakala Daily Mirror, Guardian dan Financial Times berpihak kepada Bremain.

kajian-brexit-2RISJ menjalankan kajian ini bersama PRIME Research mendapati kebanyakan kempen oleh pro-Bremain berbaur negatif dengan menakut-nakutkan dengan kesan buruk yang akan berlaku sekiranya Brexit manakala kempen pro-Brexit menggunakan sentuhan yang lebih positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat