Adakah Jangkaan Kenaikan Kadar Oleh Fed Sebelum Ini Bakal Tersasar?

35

Pegawai Fed termasuk Pengerusi Fed, Janet Yellen telah memulakan tahun 2017 dengan jangkaan optimis buat kenaikan kadar walaupun jangkaan yang sama tahun lepas hanya berakhir dengan sekali peningkatan buat sepanjang tahun.

Namun begitu, pasaran kekal ragu-ragu dengan jangkaan tersebut dengan ramalan peningkatan kadar hanya boleh berlaku seawal bulan Jun.

Dalam satu kenyataan Fed pada minggu lalu, bank pusat tersebut mengekalkan kadar tidak berubah. Menurut laporan tersebut, Fed turut mengatakan bahawa inflasi masih berada pada tahap yang rendah. Kebanyakan kajian turut menunjukkan inflasi tidak akan banyak berubah walaupun dalam jangka masa panjang.

Jabaz Mathai iaitu Ketua Strategi Kadar AS di Citigroup berkata paras inflasi merupakan masalah buat Fed dalam menentukan kadar buat masa sekarang. Menurut Mathai dalam satu nota, jika paras inflasi masih pada tahap yang tidak memuaskan, kadar hanya boleh dinaikkan sebanyak dua kali tahun ini. Inflasi Amerika Syarikat masih kekal di bawah sasaran sebanyak 2 peratus tahun ini disamping pertumbuhan gaji yang masih berada pada tahap lemah.

Ahli ekonomi di Deutsche Bank iaitu Joseph LaVorgna turut mempunyai pandangan yang sama apabila data upah masih berada pada tahap yang sama.

Menurut rekod, Fed hanya menaikkan kadar hanya sebanyak dua kali selepas mengamalkan dasar monetari yang ketat bermula Disember 2015. Sebelum itu, kadar berada pada tahap sifar peratus semasa berdepan dengan krisis kewangan dan meletakkan kadar tidak berubah selama bertahun-tahun selepas itu. Fed juga membeli trillion bon kerajaan bagi menyokong pinjaman dan penggunaan.

Dagangan Logam Naik Mendadak dan Langsung Tidak Mempedulikan Isu Mogok di Chile!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat