Gabenor Bank Pusat Perancis, Francois Villeroy de Galhau berkata dalam satu temu bual pada Selasa bahawa mana-mana penggubal dasar tidak seharusnya meletakkan sebarang andaian mahupun tuduhan terhadap kadar pertukaran matawang.
Kenyataan ini dikeluarkan gara-gara kritikan pentadbiran Donald Trump yang menyifatkan matawang Euro berada pada tahap yang terlalu rendah.
Villeroy yang juga Ahli Majlis Pimpinan Bank Pusat Eropah juga mengatakan bahawa sebelum mengkritik mana-mana dasar, seseorang individu itu perlu menghormati peraturan antarabangsa.
Dalam kenyataan serangan ke atas Jerman sebelum ini, Penasihat Perdagangan Utama Trump, Peter Navarro mengatakan bahawa nilai Euro diletakkan terlalu rendah bagi mengambil kesempatan terhadap US Dollar.