Adakah Peningkatan Harga Logam Hitam Ini Bakal Tepati Ramalan?

42

Harga minyak merosot pada Selasa selepas dicatat kukuh semalam.

Walaupun begitu, kemerosotan minyak mentah agak terhad berikutan permintaan yang meningkat di Asia dan pemotongan bekalan dari Abu Dhabi.

Brent antarabangsa diniagakan pada $55.65 setong, turun 4 sen dari sesi sebelum ini.

WTI mentah pula diniaga menyusut sebanyak 8 sen dalam sesi ini.

Kebanyakan pelabur mendapat keuntungan berganda selepas harga minyak mentah melonjak ke paras tertinggi semenjak pertengahan tahun 2015. Hal ini berikutan OPEC dan non-OPEC yang diketuai oleh Russia telah mencapai persetujuan untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari bagi mengurangkan lebihan minyak mentah dan menolak harga kembali ke paras yang stabil.

Pun begitu, harga akan kembali merosot dengan cepat sekiranya kesemua negara ini tidak mematuhi perjanjian yang telah dibuat.

Menurut BMI Research, perjanjian tersebut mungkin akan menolak minyak Brent ke paras $60 setong.

Sementara itu, output minyak mentah bagi bulan November telah jatuh sebanyak 9 peratus pada tahun sebelumnya kepada 3.915 juta tong sehari.

Di India, pengguna minyak nombor dua Asia di belakang China telah menyebabkan permintaan bahan api meningkat sebanyak 12.1 peratus pada November berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Taiwan Lebih Sesuai Dianggap Musuh Dalam Selimut Buat AS, Bukan China! : Penganalisis

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat