Taiwan Lebih Sesuai Dianggap Musuh Dalam Selimut Buat AS, Bukan China! : Penganalisis

66

Dalam kempen-kempen sebelum ini, Bakal Presiden Donald Trump telah menuduh China sebagai memanipulasi matawang dan ancaman buat negara AS. Walaupun begitu, beberapa ahli ekonomi berpandangan bahawa rakan baik China iaitu Taiwan lebih sesuai dengan label tersebut.

Secara keseluruhannya, perdagangan China dan Amerika Syarikat dikatakan lebih baik daripada Taiwan. Namun jika diukur secara teliti, trade surplus semasa Taiwan dikatakan 6 kali ganda melebihi China.

Sumber : Bloomberg

Menurut Senior Fellow di Majlis Perhubungan Luar New York yang juga bekas pegawai Jabatan Perbendaharaan, berpendapat bahawa Taiwan lebih layak digelar memanipulasi matawang berbanding negara tembok besar itu setelah kajian dibuat dari sudut ekonomi.

Tindakan Trump yang telah melanggar petikaian diplomatik selama 4 dekad antara AS dan Taiwan itu telah menarik perhatian negara China. Menjawab teguran China tersebut, Trump menegaskan bahawa China tidak mempunyai hak untuk menentukan dengan siapa beliau dibenarkan untuk berbual.

Dalam masa yang sama, Senior Fellow di Institute for International Economics Washington iaitu William Cline mengatakan bahawa Dollar Taiwan dinilai lebih 25 peratus berbanding matawang dari rakan dagangannya yang lain. Hal ini juga membuktikan bahawa Taiwan mempunyai daya saing yang tinggi terhadap rakan eksportnya yang lain.

Mengikut pemerhatian beliau lagi, prestasi Yuan China dikatakan agak merosot selepas mengambil kira aliran perdagangan semasa dan akan datang.

Matawang Yuan dilihat semakin merosot. Sumber : Bloomberg

China juga baru-baru ini telah bertindak mengambil langkah drastik bagi mengehadkan kejatuhan nilai matawangnya. Antara langkah yang diambil China termasuklah menjual rizab matawang asingnya bagi melindungi kejatuhan nilai Yuan.

Sebaliknya bagi Taiwan apabila secara perlahan-lahan, rizab negara itu bertambah.

Peningkatan Dollar Taiwan. Sumber : Bloomberg

Oleh sebab itu kebanyakan ahli ekonomi berpendapat bahawa Taiwan lebih sesuai dianggap sebagai memanipulasi matawang.

Dole Sedang Dalam Cubaan Membantu Taiwan Untuk Mendekati Pentadbiran Trump

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat