Adakah Pentadbiran Trump Bakal Menang dalam Perbicaraan Kes Ini? Nantikan!

41

Pentadbiran Trump perlu menampilkan hujah di hadapan Mahkamah San Francisco berkaitan dengan isu larangan sementara untuk memasuki Amerika Syarikat terhadap tujuh buah negara Islam.

Perintah Eksekutif Trump yang berlangsung selama 11 hari bermula 27 Januari lalu telah menyebabkan huru-hara dalam kalangan pelancong yang terkandas di lapangan terbang, protes yang tercetus di seluruh dunia termasuk tindakan undang-undang yang telah difailkan di seluruh negara.

Sejak larangan Trump tersebut diberhentikan sementara oleh mahkamah Seattle pada Jumaat lepas, pelancong dan pelarian telah bergegas masuk ke Amerika Syarikat sebelum perintah larangan masuk kembali berkuatkuasa.

Hakim Amerika Syarikat, James Robart di Seattle telah menghentikan larangan sementara pada Jumaat dengan hujah bahawa larangan Trump itu tidak mengikut perlembagaan selain mendatangkan kesan buruk buat ekonomi Amerika Syarikat.

Panel hakim akan mendengar hujah-hujah dari pentadbiran Trump dan Jabatan Keadilan melalui panggilan telefon yang dijadual akan berlangsung pada pukul 3.00 petang, hari Selasa. Hujah yang ditolak perlu membuat rayuan di Mahkamah Agung AS.

Jika pentadbiran Trump kalah dalam kes ini, kes akan kembali atas pertimbangan mahkamah Seattle sama ada untuk menghentikan larangan dalam tempoh jangka masa panjang.

Dalam masa yang sama, pentadbiran Trump kekal dengan pendirian bahawa individu dari luar Amerika Syarikat tidak mempunyai hak substantive terhadap penafian visa. Ia juga terpulang kepada budi bicara Presiden untuk menggantung mana-mana individu dari memasuki negara tersebut.

Selain itu, pentadbiran Trump kekal menegaskan bahawa keputusan mereka “neutral” terhadap mana-mana agama.

Dalam perbicaraan kes tersebut, setiap pihak mempunyai 30 minit bagi memberi hujah. Rakaman hujah juga akan dibuka kepada orang ramai sebaik sahaja selesai sesi tersebut.

Sejak penghentian sementara larangan tersebut, Trump mengeluarkan “tweet” di medium Twitter bagi mempersoalkan mengapa mahkamah harus memberi mempersoalkan isu keselamatan negara.

Pengkritik bagaimanapun menyifatkan Trump telah bertindak melebihi kuasa beliau.

Teori Penguatan US Dolar Sebelum Ini Mungkin Tak Menjadi Kenyataan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat