Adakah Tempoh Masa Perjanjian UK Dengan Kesatuan Eropah Akan Dianjakkan?

445

Pada hari ini, Menteri Kewangan Ireland telah memberi sedikit indikasi mengenai hala tuju UK dengan Kesatuan Eropah. Menurut beliau, UK dijangka akan kekal dengan rancangan mereka iaitu perjanjian perdagangan bebas dengan EU menjelang akhir tahun 2020 walaupun perbincangan formal ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19.

Menurut Donohoe sambil memetik perbualan dengan Menteri Kewangan Britain Rishi Sunak sehari sebelumnya, “setakat ini apa yang saya fahami ialah kerjaan UK tidak akan mengubah tempoh masa yang telah ditetapkan berkaitan Brexit.

Walaubagaimanapun, pihak kami telah mengatakan bahawa untuk melaksanakan hal ini sebelum tarikh akhir iaitu pada akhir tahun 2020 walaupun sebelum Covid-19 adalah sangat mencabar. Kini ia ditambah dengan penularan Covid-19 maka hal ini akan bertambah sulit untuk mencapai perjanjian.

Sehingga semalam, kes jangkitan pandemik Covid-19 telah meningkat kepada 65,077 kes dan sebanyak 7978 orang telah dijangkiti disahkan meninggal dunia. Pada hari ini sahaja angka kematian telah meningkat sehingga menghampiri 9,000 kes.

Setakat ini perintah berkurung di UK kekal dilaksanakan sehinggalah angka jangkitan pandemik jatuh menjunam. Matawang GBP masih mengekalkan pengukuhan berbanding US dolar dengan pengukuhan sebanyak 0.19% kepada paras 1.2478 setakat jam 11.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat