Adakah Unjuran Ekonomi UK Pada Tahun 2020 Semakin Baik? Ini Analisis Badan Kewangan Di Uk!

338

Pada hari Selasa, sebuah badan kewangan telah mengeluarkan unjuran terhadap ekonomi UK. Berdasarkan analisis yang dikeluarkan, ekonomi UK dijangka menyusut lebih dari 14% jika kes Covid-19 terus bepanjangan dan hal ini dapat menatijahkan kepada peningkatan pinjaman oleh kerajaan sehingga setengah trillion dolar.

Badan Kewangan (OBR) yang diiktiraf oleh kerajaan menyatakan bahawa peningkatan dalam pengenaan cukai atau pemotongan perbelanjaan negara adalah mungkin diperlukan untuk memperbaiki kewangan negara.

Menurut kenyataan OBR, ” terdapat faktor-faktor yang memungkinkan UK mencatat kejatuhan yang besar dalam tempoh 300 tahun ini bagi bacaan KDNK tahunan dengan dijangka output jatuh lebih dari 10% pada tahun 2020.” Tambah OBR, jika penularan wabak Covid-19 terus memberi impak terhadap ekonomi, ia dapat menyebabkan peningkatan pinjaman kepada kadar 13% sehingga 21% daripada KDNK.

Dengan kata lain jika ekonomi terus meleset, pinjaman kewangan semasa boleh mencecah 391 bilion pound dan jika senario ekonomi bertambah baik maka pinjaman kewangan mungkin mencecah 263 bilion pound.

Pada bulan lalu, Badan Dana Kewangan Antarabangsa telah mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi UK berkemungkinan akan menyusut lebih daripada 10% pada tahun ini.

Matawang GBP jatuh sebanyak 0.39% kepada bacaan 1.2500 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat