Aduh! Eropah Pula Diancam Gelombang Kedua Covid-19

506

Ancaman risiko gelombang kedua Covid-19 kembali menghantui Eropah setelah merekodkan lebih 900 kes baru setiap hari pada minggu lalu di Sepanyol, sekali gus mencetuskan kebimbangan dari negara-negara Eropah lain.

Hal ini telah menyebabkan negara-negara di seluruh Eropah mengeluarkan amaran kepada rakyat mereka supaya tidak melakukan perjalanan ke Sepanyol.

Pada Jumaat, Perancis telah menasihati warganegaranya untuk tidak ke wilayah Catalonia di Sepanyol, sementara Norway pula menerapkan kembali peraturan kuarantin selama 10 hari terhadap orang yang memasuki negara itu dari Sepanyol untuk membendung penularan merentasi sempadan.

Selain itu, pemimpin wilayah juga mendesak kerajaan pusat untuk melaksanakan kawalan lebih ketat di lapangan terbang Barajas Madrid setelah 77 kes positif telah dikesan tiba di sana sejak Mei.

Kementerian kesihatan Sepanyol telah mengesan lebih daripada 280 kes aktif di seluruh negara. Hampir 1,500 kes baru telah disahkan pada Sabtu iaitu lebih tinggi daripada 922 kes yang direkodkan dalam tempoh 24 jam sebelumnya.

UK terus mengambil langkah proaktif selepas Setiausaha Luar Negeri, Dominic Raab mengumumkan peraturan baru bahawa pelancong dari Sepanyol perlu menjalani kuarantin selama 14 hari. Malah, Jerman dan Perancis juga dilaporkan berada di bawah pertimbangan untuk dikenakan peraturan sama.

Jerman telah mencatatkan sebanyak 340 kes baru pada hari ini lebih baik daripada 816 dan 784 kes yang masing-masing direkodkan pada Jumaat dan Sabtu. Sementara di Perancis pula, kes baru Covid-19 masih menunjukkan trend peningkatan.

Walaupun terdapat ancaman risiko daripada gelombang kedua, pihak berkuasa tempatan masih posiif bahawa wabak ini masih di bawah kawalan. Tumpuan utama buat masa ini adalah tetap terarah kepada usaha pembangunan semula ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat