Aduhai! Apa Dah Berlaku? US Dolar Tiba-Tiba Menjunam Menjelang Hujung Minggu

955

Matawang US dolar susut pada hari Jumaat dan menuju kepada penurunan mingguan pertamanya pada bulan ini apabila pemain pasaran menjangkakan kadar faedah mungkin sudah kemuncak dan membuatkan mereka berbeza pandangan dalam masa yang sesuai untuk pemotongan kadar faedah bagi mengatasi kebarangkalian kemelesetan ekonomi.

Faktor penting minggu ini ialah kejatuhan harga minyak dan komoditi, yang telah meredakan kebimbangan inflasi dan membenarkan pasaran ekuiti pulih. Ini telah menghakis permintaan terhadap safe haven yang sebelum ini telah mendorong kepada lonjakan US dolar.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama didagangkan lemah sebanyak 0.41% kepada paras dagangan 103.765. Pada hari semalam, US dolar mengukuh dengan pengukuhan agak besar yang didorong oleh penyusutan matawang euro selepas data aktiviti perniagaan yang lemah mengurangkan pertaruhan untuk pengetatan Bank Pusat Eropah.

US dolar telah mengukuh sekitar 9% pada tahun ini, mula kehilangan sedikit prestasi cemerlangnya sejak pelabur mula bertaruh Rizab Persekutuan boleh memperlahankan kadar pengetatan kadar berikutan kenaikan 75 mata asas lagi pada bulan Julai. Mereka kini melihat kadar memuncak pada Mac tahun hadapan sekitar 3.5% dan jatuh hampir 20 mata asas menjelang Julai 2023.

Buat masa ini, Pengerusi Fed Jerome Powell menekankan komitmen “tanpa syarat” bank pusat untuk menjinakkan inflasi. Gabenor Fed Michelle Bowman juga menyokong kenaikan 50 mata asas untuk mesyuarat mendatang selepas Julai.

Penganalisis juga menyatakan bahawa penetapan harga semula sedang berlaku di seluruh dunia maju apabila kebimbangan kemelesetan meningkat.

Disisi lain, matawang Euro mengukuh sebanyak 0.44% berbanding US dolar berikutan penyusutan US dolar. Penyusutan tersebut turut mendorong pengukuhan dolar Australia dan Norway.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat