AirAsia.com Kolaborasi Bersama Turkish Airlines

242

Belum masanya untuk berputus asa, airasia.com telah bekerjasama dengan Turkish Airline dalam usaha untuk mengukuhkan lagi rangkaian penerbangan pan-Asia.

Peluang tersebut akan membuka jalan kepada airasia.com untuk mengakses destinasi komprehensif Turkish Airline, yang mana terbesar di dunia dari aspek negara dan titik penerbangan antarabangsa oleh syarikat penerbangan global.

Pihak AirAsia juga turut mengalu-alukan peluang untuk mempromosi Turki sebagai pintu masuk utama ke Eropah sebaik sahaja sekatan sempadan beransur dibuka pada 2021.

Pada masa yang sama, mereka akan bekerjasama secara kreatif dengan pemain industri lain bagi menggalakkan permintaan perjalanan dan melengkapkan lagi tawaran produk untuk memenuhi keperluan perjalanan dan gaya hidup pelanggan dalam satu platform.

Melalui teknologi bersepadu, airasia.com kini dapat menyatukan inventori penerbangan Tukish Arlines dengan penerbangan AirAsia dan menawarkan diskaun hebat.

AirAsia menjangkakan kerjasama ini akan menghasilkan sinergi bagi kedua-dua pihak melalui cross-promotion destinasi bersama, dengan misi menjadi lebih proaktif dalam persediaan pembukaan semula perjalanan antarabangsa akan datang.

Para pelancong kini juga dapat menikmati kemudahan dan nilai hebat yang ditawarkan di seluruh ekosistem airasia.com dari penerbangan termasuk hotel dan aktiviti.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat