AirAsia X Selesai Penstrukturan Semula, Bakal Catat Keuntungan $8 Bilion

403

‘Macam confident ja AirAsia X ni, anda confident ke?’

AirAsia X (AAX) Malaysia telah melengkapkan penstrukturan semula hutangnya dan bakal mencatat keuntungan sebanyak RM33 bilion atau US$7.86 bilion pada suku berikutnya.

Di bawah pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan tersebut, ia akan membayar 0.5% daripada hutang yang dipinjam, seterusnya menamatkan kontrak sedia ada selepas mendapat keputusan pemiutang dan Mahkamah Tinggi Malaysia pada tahun lalu.

Jurucakap syarikat memaklumkan bahawa penyelesaian penstrukturan semula hutang akan membawa kepada cadangan pengumpulan dana sebanyak RM500 juta.

Sebagai makluman, pelan penstrukturan semula tersebut telah dibuat bagi mengelak pembubaran selepas syarikat itu mencatat kerugian pada suku tahunan semasa September lalu.

AAX merupakan antara salah satu daripada berpuluh syarikat penerbangan di rantau Asia-Pasifik yang melakukan penstrukturan semula hutang ekoran penyebaran Covid-19 sehingga menjejaskan operasi penerbangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AAX, Benyamin Ismail, perkhidmatan kargo telah menjadi sumber utama syarikat sementara aktiviti pemulihan sedang dijalankan dengan penekanan yang sama pada pendapatan kargo dan penumpang.

Hujarnya lagi, dalam masa 2 bulan lagi syarikat akan memulakan perkhidmatan penumpang ke destinasi antarabangsa apabila sempadan dibuka sepenuhnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat