Akhirnya! Silicon Valley Bank Ada Pembeli

424

First Citizens BancShares sedang dalam perbincangan untuk memperoleh Silicon Valley Bank (SVB), lapor Reuters yang memetik kenyataan orang yang mengetahui perkara itu.

Difahamkan, bank yang berpangkalan di North Carolina itu mungkin akan mencapai perjanjian untuk pemilikan SVB daripada Federal Deposit Insurance Corp (FDIC) pada hari Ahad (waktu Amerika Syarikat).

Buat masa ini, First Citizens mempunyai sekitar $109 bilion dalam aset dan jumlah deposit $89.4 bilion.

SVB menjadi bank kedua terbesar yang mengalami kegagalan disebabkan masalah deposit yang dihadapinya di tengah-tengah peningkatan berterusan dalam kadar faedah AS.

FDIC yang kini mengawal aset bank itu, terpaksa membuat tawaran berasingan terhadap SVB Private dan SVB selepas gagal menjual kedua-duanya bersama sejak dua hujung minggu lalu.

[KEMAS KINI]

First Citizens Bank akan memperoleh semua deposit dan pinjaman SVB daripada FDIC melalui unit First-Citizens Bank & Trust Company dengan pembelian kira-kira $72 bilion aset Silicon Valley Bank pada diskaun $16.5 bilion.

FDIC menganggarkan kos kegagalan Silicon Valley Bank kepada Dana Insurans Deposit (DIF) adalah kira-kira $20 bilion. Kos tepat akan ditentukan apabila FDIC memuktamadkan penerimaan.

Ekoran itu, 17 bekas cawangan SVB akan dibuka sebagai bank First-Citizens pada hari Isnin.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat