Alamak AS! China Dah Balas Dendam!

2,244

Menurut kementerian luar China, Beijing akan mengenakan “sekatan timbal balik” terhadap semua diplomat Amerika di China sebagai tindak balas terhadap sekatan yang dikuatkuasakan berhubung aktiviti kakitangan kedutaannya di Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, sekatan tersebut akan melibatkan semua pegawai kedutaan dan konsulat AS, serta konsulat jeneral di Hong Kong. Ianya bertujuan untuk mendesak negara itu bagi menarik semula keputusan mereka secepat mungkin.

Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas pihaknya mengancam akan bertindak balas terhadap sekatan baru AS terhadap diplomat China, seperti keperluan untuk mendapatkan persetujuan bagi lawatan ke universiti atau pertemuan dengan pegawai tempatan.

Pada minggu lalu, Setiausaha Negara AS Mike Pompeo mendedahkan bahawa langkah berkenaan diambil adalah sebagai tindak balas terhadap kawalan ketat yang telah lama dilakukan terhadap diplomat Amerika di China lalu menimbulkan kemarahan dari Beijing.

Sementara itu, kementerian luar China hari ini mengatakan bahawa sekatan yang dilaksanakan oleh Washington terhadap anggota diplomatiknya telah mengganggu hubungan antara kedua-dua negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat