Alamak BOJ! IMF Beri Amaran Untuk Siap Sedia Dengan Impak Krisis Ukraine

540

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menggesa Bank Pusat Jepun (BOJ) untuk menyediakan ‘pelan kecemasan’ berikutan ancaman serius krisis Ukraine terhadap perdagangan Jepun dan harga komoditi.

Menurut laporan yang dikeluarkan pada Khamis, IMF mengatakan BOJ mesti mengekalkan dasar yang sangat longgar untuk tempoh berpanjangan bagi mencapai sasaran inflasi 2% secara berterusan walaupun peningkatan kos komoditi boleh meningkatkan inflasi.

Tambah IMF lagi, peningkatan konflik Ukraine menimbulkan risiko penurunan yang ketara kepada ekonomi Jepun dengan mengatakan terdapat potensi perdagangan akan terjejas dan kenaikan harga komoditi boleh membantutkan permintaan domestik.

Susulan daripada ketidakpastian yang tinggi disebabkan wabak Covid-19 dan konflik di Ukraine, pihak berkuasa perlu mempertimbangkan untuk menyediakan pelan kontingensi yang mudah dilaksanakan sekiranya ekonomi mengalami kejutan teruk.

Selain itu, IMF turut mengurangkan ramalannya terhadap pertumbuhan ekonomi Jepun kepada 2.4% pada tahun ini, lebih rendah daripada unjuran untuk pengembangan 3.3% yang dibuat pada Januari.

Permintaan dalam negeri berkemungkinan akan perlahan daripada lonjakan harga komoditi, manakala ketegangan geo-politik dan kelembapan pertumbuhan China yang lebih tajam daripada jangkaan merupakan risiko kepada eksport, menurut IMF.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat