Alamak! Kenapa KuCoin & 2 Pengasasnya Didakwa Oleh DOJ?

281

“Lepas Binance. KuCoin pula. Korang rasa lepas ni siapa pula akan jadi mangsa?”

Bursa mata wang kripto KuCoin dan dua pengasasnya didakwa oleh Pegawai Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan bersubahat mengendalikan perniagaan penghantaran wang tidak berlesen serta pelanggaran Akta Rahsia Bank (BSA).

Menurut DOJ pada 26 Mac 2024, pengasas KuCoin Chun Gan dan Ke Tang sengaja gagal mengekalkan program Pencegahan Pengubahan Wang Haram di bursa kripto yang membawa pada platform digunakan bagi pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas.

Peguam AS Damian Williams pula berkata KuCoin didakwa mengambil kesempatan daripada pangkalan pelanggan AS yang besar untuk menjadi salah satu derivatif kripto terbesar di dunia dan pertukaran spot yang memiliki berbilion dolar dagangan harian termasuk bertrilion dolar jumlah dagangan tahunan.

Dilaporkan juga, Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) AS mendakwa KuCoin dengan pelbagai pelanggaran Akta Pertukaran Komoditi (CEA) dan peraturan CFTC pada 26 Mac 2024 susulan terima lebih $5 bilion kemudian hantar lebih $4 bilion dana yang mencurigakan.

Namun, KuCoin menegaskan aset digital para penggunanya selamat biarpun di tengah-tengah siri dakwaan jenayah dan sivil yang difailkan semalam oleh pendakwaraya daerah Selatan New York (SDNY) AS serta CFTC.

Umum mengetahui Gan serta Tang membantu melancarkan KuCoin pada tahun 2017 dan menerusi laman webnya, ibu pejabat operasi KuCoin berada di Seychelles sementara kedua-dua pengasas itu yang merupakan warga China kini masih kekal bebas.

Setakat penulisan ini, harga token KCS diasaskan Kucoin telah mencatatkan penerjunan 11.67% pada paras $12.62 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 bilion tetapi masih raih 1.97% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat