Alibaba Bolot Saham SunArt!

412

Syarikat e-dagang terkemuka China, Alibaba, telah membeli saham bernilai $ 3.6 bilion dolar di SunArt yang mengendalikan beratus pasar raya besar di negara tersebut, ianya juga dimiliki oleh syarikat gergasi beli -belah Perancis, Auchan. Sehubungan dengan itu, Alibaba kini memiliki sebanyak 72% pegangan di syarikat berkenaan.

Hal ini demikian kerana Alibaba ingin mempelopori sektor e-dagang China kerana para pengguna mula beralih ke arah pembelian secara atas talian seperti membeli bahan makanan, makanan segar dan produk penjagaan kesihatan didorong oleh penularan wabak Covid-19.

Di samping itu, mereka juga menyerahkan kawalan ruang runcit seluas 13 juta meter persegi di beberapa bandar di seluruh negara.

Untuk pengetahuan semua, SunArt diperkenalkan oleh Auchan pada tahun 2000 dengan Ruentex Group dan telah menjalinkan kerjasama dengan Alibaba pada tahun 2017.

Selain itu, Alibaba didakwa telah melakukan perubahan terhadap pasar raya berkenaan dengan memperkenalkan hab bahan makanan dalam talian, yang disesuaikan dengan sektor perniagaan barangan e-dagang yang lebih luas. Oleh yang demikian, rangkaian pasar raya itu dapat memanfaatkan sumber dan teknologi dari ekosistem Alibaba.

Tambahan daripada itu, pengambilalihan SunArt itu dikhabarkan mampu untuk merealisasikan penghantaran barang runcit dalam masa 30-60 minit setelah dipesan melalui platform Tmall Alibaba.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat