Amaran Ini Bakal Dorong Penurunan Harga Buat Dagangan GBP/USD

715

Pound Sterling bakal didagangkan berisiko selepas Kesatuan Eropah (EU) memberi amaran kepada bank-bank di UK bahawa mereka akan berdepan tempoh lebih lama untuk mendapatkan akses ke dalam pasaran selepas Brexit.

Berkemungkinan perlu menunggu lebih lama selepas penghujung tahun ini untuk mengetahui jawapan sama ada berjaya mendapatkan hak akses ke dalam pasaran blok tersebut.

Timbalan Presiden Eksekutif Suruhanjaya Eropah, Valdis Dombrovskis menyatakan bahawa Brussels belum bersedia untuk beberapa bulan terdekat ini untuk menilai sama ada Britain memenuhi syarat bagi hak akses.

Namun, dagangan semasa buat Pound pada awal minggu masih dilihat akan bergerak lebih baik dalam pasaran berbanding US dolar.

US dolar dilihat akan bergerak lemah menyambung momentum penyusutan minggu lalu selepas Kongres AS masih belum mencapai kesepakatan rundingan pakej rangsangan ekonomi dan bercuti selama sebulan.

Pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD, dagangan Jumaat lalu berjaya melihatkan harga mencapai paras tertinggi mingguan pada 1.31400 sebelum kembali menutup dagangan di paras lebih rendah hampir ke paras 1.30800.

Menyambung dagangan pada awal minggu ini, harga bergerak mendatar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang masih memberi isyarat trend bullish harga.

Awal sesi Eropah melihatkan harga masih bergerak menguji paras MA50 dan jika harga gagal turun lebih rendah, trend bullish harga akan terus dikekalkan.

Kenaikan lebih tinggi akan mendorong harga menuju zon resistance di bawah paras 1.32000.

Namun jika harga kembali membuat penurunan dan bergerak ke bawah paras MA50, jangkaan trend bearish harga akan menuju ke zon support pada 1.30000.

Penurunan lebih rendah dijangkakan ke zon support lebih rendah di bawah paras 1.29000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat