Amaran Pengurus Penyelia Bank Pusat ECB Menggusarkan Pemain Pasaran!

436

Adrea Enria yang merupakan pengurus penyelia Bank Pusat Eropah (ECB) telah mengeluarkan kenyataan berunsur amaran bahawa bank-bank di kawasan Eropah berkemungkinan menghadapi kesulitan jika krisis yang dihadapi ini semakin buruk dan dapat menghakis modal bank.

Menurut beliau sektor perbankan di Eropah berada dalam keadaan yang sangat kukuh dan mampu untuk menahan sebarang kejutan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Namun beliau memperingatkan bahawa jika krisis akibat Covid-19 ini terus memburuk maka beberapa bank berkemungkinan menghadapi kesulitan dalam mengikut persyaratan minimum terutama dari sudut modal.

Komentar Enria dikeluarkan sususlan penerbitan penilaian ECB terhadap 86 bank di kawasan Eropah yang menunjukkan bahawa sektor perbankan dapat mengatasi tantangan yang disebabkan oleh penularan pandemik Covid-19. Namun jika krisis ekonomi berterusan maka modal bank berpotensi untuk terus terhakis.

Disisi lain, ECB telah melanjutkan larangan ke atas dividen dan pembelian balik saham. ECB telah membolehkan pemberi pinjaman Eropah tidak membayar dividen dan tidak membeli saham sehingga Januari 2021.

Setakat ini sektor perbankan Eropah telah mengalami penguncupan sebanyak 33% sejak awal tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat