Amaran! Warren Buffett Jual Berbilion Saham, BTC Mungkin Tersakiti?

1,096

“Adakah pandangan Buffett terhadap saham sudah berbeza?’

Ketakutan kejatuhan harga aset berisiko yang diselubungi Warren Buffett telah menyebabkan beliau menjual ekuiti bernilai $13.30 bilion untuk meningkatkan pendedahannya dalam wang tunai dan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Sudah sedia maklum seluruh pasaran menganggap prestasi Berkshire Hathaway adalah petunjuk utama untuk mengukur kesihatan ekonomi AS, tetapi malangnya Buffett kini tidak lagi optimis susulan beliau menjangkakan pendapatan perniagaannya tahun 2023 akan lebih rendah berbanding sebelum ini.

Rentetan itu, syarikat tersebut bukan sahaja telah menaikkan rizab tunai sebanyak $130.60 bilion daripada $2 bilion malah memegang sejumlah besar wang tunai dalam bil Perbendaharaan jangka pendek dan deposit bank.

Hal ini kerana Buffett sedang bersiap sedia menghadapi kejatuhan pasaran saham yang mungkin akan tercetus disebabkan krisis perbankan AS, di mana PacWest Bancorp dan Western Bancorp turut mengalami keruntuhan.

Namun perlu diingatkan juga peningkatan kemelesetan global mampu memberi tekanan jualan terhadap harga BTC, ulas penganalisis Bloomberg Intelligence Mike McGlone sambil menjangkakan aset digital itu akan menjadi petunjuk untuk kejatuhan saham.

Selain mendedahkan aset berisiko berupaya menjunam secara pantas sekiranya harga BTC didapati menurun terlebih dahulu, McGlone juga berkata inflasi dijangka kekal tidak berubah pada 5% ketika terbitan data Indeks Harga pengguna (CPI) pada 10 Mei 2023.

Suka dimaklumkan bahawa penurunan inflasi yang ketara mungkin akan mendorong Federal Reserve (Fed) untuk melonggarkan dasar monetari mereka dan bakal menghentikan kenaikan kadar faedah.

Harga BTC yang kini sasar $27,000 mungkin akan menjunam hingga paras $24,600 sekiranya tergelincir pada zon tersebut namun aset digital tersebut berpotensi untuk menguji semula paras $30,000 jika berjaya tembus lebih $27,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat