Ambil Tahu Perkembangan Ini Sebelum Mula Trade Sesi NY

308

US dolar bergerak stabil pada sesi Eropah ketika pelabur menumpukan perhatian kepada pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat.

Jangkaan majoriti untuk memenangi Kongres AS kini berpihak kepada Republikan yang menimbulkan keresahan buat Parti Demokrat pimpinan Presiden Joe Biden.

Sekiranya Kongres dikuasai Republikan, ia bakal menyukarkan pentadbiran Biden untuk membuat sebarang keputusan pada masa akan datang.

Penganalisis berpandangan ia boleh membawa impak positif buat bon dan negatif untuk dolar Amerika jika pilihan raya ini dimenangi Republikan yang juga bermakna kurangnya rangsangan fiskal.

Dalam pada itu, euro bergelut untuk mempertahankan pengukuhannya, menyaksikan mata wang itu kembali merosot ke bawah harga pariti $1 pada 0.99825 berbanding USD.

Selain itu, mata wang pound turut mengurangkan keuntungan yang diraihnya pada awal minggu dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada data ekonomi UK yang akan dikeluarkan pada Jumaat.

Beralih kepada perkembangan mata wang Asia, dolar Aussie dan New Zealand didagangkan sedikit berubah di tengah-tengah ketidakpastian mengenai isu sekatan Covid-19 di China.

Walaupun kebanyakan mata wang utama lain mula merosot, tetapi yen masih mengekalkan keuntungannya untuk didagangkan sekitar paras ketinggian satu minggu berbanding greenback.

Rizab mata wang asing Jepun mencatatkan penurunan bulanan kedua paling tajam dalam rekod pada Oktober apabila pihak berkuasa membelanjakan 6.35 trilion yen untuk campur tangan untuk menyokong yen.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat